Latest Entries »

Remaja Zaman Sekarang

Sebuah lagu dan rekaan MTV daripada Williams Music composing TAwau Sabah…sebuah ciptaan lagu yang penuh keinsafan dan penuh pengajaran…lakonan MTV daripada remaja2 Tawau Sabah dan nyanyi oleh Williams Lee.B.K..

Idea Romantik# 4

Beli nama domain nama pasangan contohnya www.syafiqah.com. Buat laman web yang mengandungi puisi romantis dan gambar mawar. Bila pasangan anda tengah “online”, tanyakan padanya “adakah namanya ada dalam internet?”. Biarkan dia mencari website tersebut.

Idea Romantik# 3

Pada hari jadi pasangan anda, belilah beberapa kuntum bunga mawar merah atau beli mengikut jumlah umurnya dan satu bunga mawar merah plastik. Letak bunga plastik ditengah-tengah antara bunga yang hidup.
Selitkan kad yang mengatakan:
“Aku akan mencintaimu sehingga warna mawar ini pudar.”

IDEA Romantik# 2

Beli stiker bintang yang bersinar dalam gelap dan tampal disiling  bilik tidur anda. Buat tulisan dengan susunan pelekat bintang itu  seperti “Aku cinta kamu”. Bila tutup lampu, mesej cinta anda akan menyala!

Idea# 1

Jika pasangan anda akan pergi jauh selama beberapa hari, katakan padanya bahawa anda bimbang tentangnya sehingga anda menyusun pengawal untuk menjaganya. Kemudian berikan sebuah teady bear padanya.

Sehati Sejiwa

Sehati Sejiwa

Sehati Sejiwa:

Pergaulan yang tidak menepati syariat antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan dan juga permasalahan couple yang semakin hari semakin menjadi kebiasaan dan trend secara terang-terangan berlaku kini. Di mana maruah mereka?

Masalahnya bertambah apabila ada pihak yang menegur dan cuba mencegah tetapi yang dipersalahkan adalah mereka yang menegur dan mencegah tersebut. Mereka yang melakukan maksiat ini pula dibela dan sanggup membela diri yang hakikatnya mereka sendiri yang bersalah. Mereka tidak menganggap itu satu dosa tapi yang berdosa ialah sesiapa yang menegur apa yang mereka lakukan. Pelik sungguh sekarang ini – berdosa kalau menegur kesilapan dan berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa manusia akan lihat yang makruf itu munkar dan yang munkar itu makruf dan lebih teruk lagi orang yang amar makruf nahi munkar dihina dan orangamar munkar nahi makruf dibela dan di sanjung-sanjung.

Semoga kita dapat melakukan sesuatu untuk mengatasinya. Insya-Allah.

Sehati Sejiwa:

Jangan hampiri zina

Kami tidak berzina!

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Itu kawan baik saya sahaja…

Kawan baik pun tetap tidak terkecuali daripada larangan Allah. Setiap pergaulan ada batasnya. Kawan sejenis kamu tidak adakah? Lihat… kamu sendiri yang sengaja mengadakan alasan untuk membolehkannya. Ramai lagi kaum sejenis kamu yang boleh dijadikan teman berbual dan berbincang.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum… adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita jika dibandingka dengan adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalaman nya banyak. Dia ada seribu satu cara. Ingat pesanan Rasulullah saw : “Tidaklah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali syaitan adalah yang ketiganya.” Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Sehati Sejiwa:

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon, sms, dan chatting sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul, itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun, desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan berhenti begitu sahaja. Percayalah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu akan boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat seseorang dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga adalah zina. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan seseorang seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah saw: “ Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya dengan menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya dengan berjalan (nenuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ciuman.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Sehati Sejiwa:

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nakkan keberkatan. Kalau kita cemerlang sekali pun, tapi tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagilah. Jangan berselindung di sebalik ilmu yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah mengikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi sebegini akan ditulis sebagai ibadat oleh malaikat Raqib dan ‘Atid? Jangan-jangan sekejap sahaja bincang pelajaran. Yang lain tu, banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran!

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat? Ingat, kita bukan malaikat – tak bernafsu. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kita sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi

Tidak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar. Sudah habiskah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Ingat, ramai orang cemerlang hanya belajar dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat keberkatan dan rahmat pula.

Sehati Sejiwa:

Takkan tak da ruang langsung yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian dari kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tidak normal namanya. Islam datang bukan membunuh naluri dan keinginan itu seperti yang dilakukan oleh para paderi dan sami. Jangan menafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Tidak salah atau berdosa perasaan itu datang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri ini agar patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.

Tentu ada cinta dalam Islam.

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara tentu ia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin atau melarang daripada zina maka sebagai ganti yang lebih baik ialah perkahwinan. Sabda Rasulullah saw: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai melainkan nikah.” (Riwayat Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Usah cemarkannya dengan zina. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.

Powered by Afif | Theme: SakitMata by Apih.
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.